My Beloved Followers

Lagi Satu Penyakit Sosial Datang!

Hai..selamat selamat selamat semuanya..

Ok.Tadi saya baru siapkan assigment about penularan gejala baru di negara kita iatu " Gejala Emo".Huh!Lepas satu-satu datang penyakit sosial ni kan..Kalau dulu ada Gothic, Punk,then timbul plak black metal..Subhanallah..apa nak jadi dengan remaja sekarang..takut kan??apa yang kan terjadi kalau hidup kita terus dipengaruhi gejala-gejala songsang ni..erm..

  Masa nak cari bahan untuk siapkan tugasan, terjumpa pasal 'EMO"  ni kat KOSMO!Jom tengok gambar aktiviti yang anggota Emo ini lakukan dan sering diorang amalkan..


                                   ermm..macam-macam diorang sanggup buatkan..
                       

      Haaa..bukan tue jer tau!diorang ni sanggup cederakan badan mereka!Sanggup kelar tangan!!dan jangan terkejut,mereka sanggup hisap darah mereka sendiri!!!ee..takutkan..pelik pun ada..nape diorang buat macam tue..ape yg diorang dapat??sakit adalaaaa..

       Erm,sakit bagi kita orang yang normal ni..tapi bagi diorang,kalau diorang buat semua ni,kelar tangan,hisap darah bagai..mereka akan rasa diri mereka paling hebat dan mereka akan berasa amat puas..ish3x..
   
   


    Ni antara keratan yang saya baca kat KOSMO:-
 
"Antara kegiatan kumpulan Emo ini ialah mereka sering mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari barat antaranya My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.  Sambil itu, mereka ini akan menghayati muzik yang didengar iatu mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada sesetengah daripada mereka sanggup mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.  Antara contoh lirik lagu yang mempunyai unsur perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk “Welcome to the Black Parade”. Nyanyian kumpulan My Chemical Romance dengan liriknya “and though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).
 Haa, kat sape-sape yang suka kat lagu tue,korang adalah salah sorang dari kumpulan emo!!hehe..xdelah..gegurau jer..But seriusly,i pon suka gila lagu tue tau dan sekarang baru tahu..hehe..dulu main nyanyi jer..lalalala..

ok..tue jer untuk entry kali ni..moga kita semua dijauhi dari gejala-gejala yang tidak sihat dan sumbang ini..:)


p/s:ingat,remaja lah yang akan menentukan masa depan negara kita nanti..





















Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Jom renung-renungkan..

Semua orang ada impian kan??aku ada banyak sangat2 impian..nak balas jasa parents,nak dapat PHD..Nak g Mekah.nak kawen dengan anak raja.haha!LOL!.macam aku,dah lame aku gilakan kereta Honda Jazz..colour putih tau.hehe~.So,aku akan pastikan aku akan dapat capai impian aku.T_T.

ni antara kata-kata semangat yang boleh kita jadikan sebagai pedoman hidup;-


“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al Haj

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila
dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj





Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

How I Miss that moment!!


Malam ni cuaca suram... hujan turun dengan selebat-lebatnya... hujan Rahmat barangkali. Alhamdulillah... Asyik panas saja pun tak elok jugak kan. 

Cuaca sejuk... dengar plak lagu-lagu sentimental perghhh layannnn.... Biasanya dengar lagu-lagu slow ni teringatkan kekasih yang jauh di mata... Tapi saya  tidak... hoho....

Tetiba teringatkan kawan-kawan yang pernah bersama-sama melalui kehidupan bersama saya... Kawan-kawan yang pernah singgah mengisi kekosongan hidup saya... Kawan-kawan yang pernah mengisi kesunyian hidup saya... Kawan-kawan yang pernah sama-sama susah dan senang dengan saya...

Ah rindunya!

Rindukan zaman kanak-kanak
main pondok-pondok kat umah jiran sebelah.
main masak-masak..ambil daun-daunan sebagai duit atau sayuran
selagi tak senja tak ingat nak balik
selagi mak tak jerit "balikkkkkkkk!!!" memang tak ingat jalan nak pulang.
silap-silap balik belum solat Asar ,abah dah tunggu depan pintu buat muka bengis..errrrr..hehe



Ahh..rindu pada semuanyaaaaaa!!!!!



Sekarang? Dah tiada gelak tawa kawan-kawan... dah tiada teman sembang... dah takde orang boleh pillow-talk dengan saya... sob sob. Masing-masing dah ada life sendiri. Nak jumpa pun sikit punya susah... Connection hanya terbatas di laman sosial fesbuk...T_T

Korang.... Aku rindu!!!!!!!! Bagaimana kita di kemudian hari? Masih berhubungkah? Kalau aku dah kawen nanti? Dah mempunyai anak?? 

Aku harap persahabatan kita sentiasa kekal.... sampai bila-bila!!!

Jangan pernah lupakan aku.... seperti aku tidak pernah lupa pada semua kawan-kawan ku.....

Friendship Remains... And Never Can End.... !!!

Love you friends!!!

KAWAN
by: In Team


Kawan dihadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita



Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah pasti akan hilang



Kawan jangan biarkan dirimu seperti rama-rama cantik 

namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu umpama lipan dan kala berbisa 

namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita

Menunjukkan jalan demi ummat semesta





























































Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...