My Beloved Followers

Aku Nak Tiru Kristine Hermosa..

sape xkenal Si kristine Hermosa kan..heroin citer Filifina yang popular tue..giler cantikkkk!aku sejak kecik lagi suka die kot..
dia dah kawin dah.kawin kali kedua..dulu die pernah kawen dengan Diether Ocampo..erm,xpela..orang cantik..xjejas mane pon tubuh die.hehe...giler grand wedding die ni..dan paling penting yang berjaya tarik perhatian aku dan buat aku nak tiru die:~

.. pakai sneakers masa kawin ..

 
Kristine Hermosa yang cantek!



See see gown meleret.. Mana nampak sneakers. Aku mana leh pakai gown meleret camni.
Kang terseret taik kucing sekali muaha

Bayangkanla.. pakai dress cantik-cantik.. bersongket bagai.. tetiba kat bawah pakai sneakers hihihi.. Macam si Kristine ni xpela... wedding gown meleret-leret. Tak nampakla sneakers kat kaki tuh..

cantiknyer die..macam bidadari..


the groom is totally awesome..and the bride is absolutely stunning..



hehe..romantiknyer..



But anyway, Kristine Hermosa sangat beautiful! Berseri-seri je muka masa kawin wah wah.. Dia pakai susuk kah? Hehehe.. Erm husband pun hensem gak. Especially pakai baju putih kan. Nampak smart dan kemas. Huh ni tak sabo nak tengok my pumpkin pakai baju putih gak ni. Aku sukeeee :D..haha.ok gedik!

Cer tengok video kawin Kristine & Oyo nih. I adore very much! Sangat cantik okay. Nampak sweet, nampak happy je dorang. Gila-gila pun ye jugak. Tak penah dibuat orang, pakai wedding gown santek-santek, tetiba pakai sneakers. Memang lain daripada yang lain :)

video
feels like a fairy taile..
so perfect..


ok.ape pendapat korang??great wedding..beautiful place..an perfect couple right???tetiba hati meronta ronta tak sabar nak kawen..euww!gedik!hehe

teringin nak ada majlis wedding grand macam tue.(mampu ke).hehe..dan nak cuba pakai sneakers macam Kristine!stylo!lain dari yang lain.

p/s : i hope they life happily and wish they luck even aku sedikit terkilan sebab aku harap sangat Kristine dengan Jericho Rosales..tapi dah takde jodoh kan.erm...oh ya!Si Kristine ni dah pregnant tau!auchh,tak sabarnyer nak tengok anak dia..






Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Anak Buah Maklang

assalamualaikum semua..
belum terlambat lagi rasanya nak ucap salam Maal Hijrah kali ke 1433 kepada rakan rakan Islam sekalian..moga tahun baru yang akan kita dilalui dilimpahi nikmat dan keberkatan dari ALLAH SWT.amin..

ok.tetiba rindu pulak kat si budak kecik pengarang jantung aku ni..
 ari ni asyik tengok jer gambar gambar die dalam lappy aku..

ni gambar time jejalan kat TESCO minggu lepas..budak ni cukeeew cangat naik benda alah ni..dari  jauh dah melompat2 nak naik..










hehe..excited giler dia...bila benda alah tue stop,nangis nangis suruh masukkan syiling lagi..


alhamdulillah,aku bakal dapat dapat ank sedara lagi tahun depan..kakak ipar aku dah pregnant 4bulan..thanks God!Mintak mintak kali ni dapat anak sedara boy pulak..

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Jangan Jadi Bodoh Macam Aku....*%@w#H^!#!!


Hai semua..entry giler panas kali ni kan???aku bukan nak cakap aku bodoh tapi actually nak share kebodohan aku..bodoh la jugak  tue kan??haha

aku nak korang ambik pengajaran atas kisah atau cerita ni...
just nak share..


ok baru baru ni aku ke Majid Jamek,KL jalan jalan cari barang,shopping2 kat situ kan..pastu macam biase la pompuan,mesti bawak handbag lau keluar..
nak dijadikan cerita,aku diseluk saku oleh makhluk bangsat yang aku tak kenali dan aku xsedar langsung..
aku dapati dompet aku dah tak ada..entah time bila die seluk..aku xfaham,aku heran..macamane die boleh seluk,xkan la aku x sedar langsung..tambah tambah kat situ sesak dengan orang..
dalam dompet tu ada kad pengenalan,pelbagai kad bank,lesen memandu ,duit around Rm 150 dan macam macam lagi lah..
lepas aku sedar,aku terkejut giler dan kalut ribut la aku..siyes,aku gelabah giler..ase nak menjerit jer kat situ.pastu,aku amek tindakan pergi buat report polis.




::surat report::


.Mane yang part bodohnya??erm, ok..nak dijadikan cerita,salah satu kad bank yang dalam dompet tue iatu Bank Islam  aku pergi guna kata laluan bufday aku..dah sah sah si penyamun bleh detect bila die tengok ic aku yang ada sekali kat situ kan!bodohhhhhhnyaaa kau sue...dan dan pulak Bank Islam tue bank akaun PTPTN aku..baru masuk pulak tue duit PTPTN,Erm..RM1200 melayang...

so,walaupun pahit,aku telan jua..aku terima semua ni sebab kecuaian aku sendiri.xboleh salah kan sape2.semester ni memang aku susah sikit nak survive sebab kekurangan duit!huhu.pokai!duit habes bagi kat si gila babi tue!ee..geram aku!
erm,ape nak jadi kan..nasi dah jadi bubur..mase lepas kejadian tue,aku seminggu kot nanges!hehe.pastu dah xnak pergi dah Masjed Jamek!trauma!!



p/s :kat sape2 yang guna kata laluan kad bank tue dengan no ic ke,bufday ke..cepat2 tukar!..lau dompet tercicir ke,hilang ke,conform duit korang dlm bank lesap!
jangan jadi bodoh macam aku...

yer,aku percaya ramai yg guna kad pengenalan,bufday mereka sbg kata laluan sebab senang diingat,tap AWAS!duit kite pun senang nak hilang ok!

kawan kawan,family,sanak sedara aku pun ramai bodoh macam aku..tapi bila kes ni jadi kat aku,terus diorang pergi tukar cepat2!hehe.
 pada yang seluk duit aku tue,ko tak kan selamat hidup didunia ni!hidup ko xberkat!!mampus lah ko!!


*ni la pengalaman pahit n salah satu dugaan dlm hidup aku..xpe,aku amek pengajaran n akan lebih berhati hati lagi lepas ni..



Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Aku Adalah Aku..

ok..entry kali ni taknak cakap banyak,xnak mengarut meraban,xnak mengutuk mengata atau mengumpat but just nak show off gambar gambar aku dari kecil hinggalah sekarang..

jom saksikan..limited tau!xde di pasaran!haha!
xnak tengok pun xpe..xde unsur2 paksaan..hee~



hehe..around 7 8 bulan..

time baru2 pandai berjalan

budak kurang rambut.hee~




budak botak ching!haha



zaman kencing dalam seluar..wakaka


alala..macam comel!hehe




kecik2 dah pandai kukur kelapa tw!






xboleh berenggang dgn bebear..hehe





muka tak bersalah jerk!haha





lalalala

kecik2 dulu nak jadi model!haha

wakaka..aduyaiii!

anak manja Abah..

kecik2 dulu dah dikawinkan..hehe





wajah sekarang..

:P

Tua2 pon still suka teddy bear..hehe

aku coming soon maybe?



hehe..amacam?dah puas gelak tengok gambar2 aku??eee..xbaik tw korang..hehe


itulah aku..seorang hamba ALLAH yang kerdil..aku sedar diri aku tak sempurna,tapi aku tetap berusaha untuk jadi yang terbaik pada mata setiap insan yang aku sayang..


aku anak ma & abah

terima kasih ma,terima kasih abah kerana telah melahirkan ku dan mendidik serta menjagaku..tidak terbalas jasamu..
i love u more than u love me..


ni lah aku..ada baik buruknya..ada kelebihan & keburukan tersendiri..
aku adalah aku,tak seindah Lolipop..hehe



















Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Akibat Terlampau Taksub



Ajal maut di tangan tuhan.....dalam kegembiraan kita ,2 penyokong indonesia telah mati akibat kesesakan stadium...

walaupun kita berlainan negara,tapi kita itu dari tuhan yg satu...
sama2 kita sedekahkan al-fatihah jika si mati adalah islam dan ucapan takziah buat mangsa dan keluarganya.....




Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Kalau Hazama PakLang,aku MakLang lah!!haha

ok,sape tak minat Hazama kan??semua orang minat aku rase dan tak terkecuali lah aku..
aku minat die since dia mula mula try nak masuk AF musim ketiga lagi..dan alhamdullillah,dia berjaya jugak dan jadi artis yang tak asing lagi di negara kita..


ok,ape kaitannya dengan tajuk entry kali ni yer??hehe,aku nak kongsi sikit dengan kalian semuaiiiiiiii..

aku baru jer dapat sorang anak..anak sedara..hehe..ok,so sekarang dia dah mula pandai bercakap dan aku tak tahu nak suruh anak buah kesayangan aku ni panggil aku dengan gelaran apa..

Lepas tue, bila Hazama femes & tup tup dapat tahu yang anak buah dia panggil die "PAKLANG', so,aku yang amat giler2 minat dia ni timbullah idea nak suruh anak buah aku panggil aku dengan gelaran "MAKLANG" haha..amacam??cun?hehe


Pak Lang


Mak Lang


haha!ok.jeles???sorylah yer,bukan nak perasan tapi seriesly aku tak tahu nak letakk gelaran aku ni ape..nak suh panggil "aunty" rase lain macam pulak.haha!.so,alang alang aku ni anak ke-3,so ok la tue panggil "MakLang"..hehe.terima kasih kepada Hazama sebab jadi ilham dalam memberi gelaran ni..:P


Anak buah
Nur Qistina Syamimie

hehe..sekarang anak buah aku dah semakin besar dan very talkative..banyak betul mulut die..cerdik macam orang dah dewasa.
dan paling penting,dia sekarang dah ringan mulut panggil aku "MakLang"..
sejuknyer hati aku, berbunga bunganya hati aku mendengar..haha!

sekarang,anak buah aku lah jantung hati aku..2 3 minggu tak tengok aku ase dah rindu sangat!rindu gelagat,celoteh dia!

ok now,aku dah ada gelaran untuk anak buah aku..hehe..bangga kot dengan gelaran ni sebab ade kisah tersendiri..hehe



ouchhh.please jgn menyampah!hehe


harap harap dapat anak buah ramai ramai biar riuh rendah bila balik kampung..mesti heppy..


* anak buah aku ni suka sangat dengar lagu "Pokok" yang Pak Lang die nyanyi tue..hehe.selalu ajar die nyanyi lagu ni n nyanyi sama sama.so sweet!hehehe.kawtimmmmmmmm!!









Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Malaysia Menang Bola,Aku Buat Cuti Sendiri!!

ok!memandangkan semalam team bola Malaysia menang,aku dengan rasminya cuti hari ni!haha
aku tak pergi kelas hari ni meraikan kemenangan negara kita!(dah gov xbagi cuti,aku buat la cuti sendiri.hehe)
No kuliah for today!huuuuuuhuuu..
mood bola tak hilang hilang lagi ok!hehe.
actually terbangun lewat menyebabkan aku nak cuti sehari ni!haha!ingat nak cuti sekerat hari jer,alang alang dah terlepas kelas pagi,ape salah nya carry on jer terus kan!haha!semua kelas aku tak nak pergi hari ni ok!lantak lah!(jangan tiru macam aku yer kawan kawan):P

 so,hari ni nak rehat secukup cukupnya dan nak siapkan secara slow & steady asignment yang berlambak tue..wakaka.(macam mane nak siap asyik menghadap blog ngan FB jer)
saje update update blog and just nak blogwalking jer kat blog superb kawan kawan blogger semua.singgah singgah blog mereka memberi derma dengan klik2 iklan mereka..bagi kawan kawan kaya.(yela,aku kan dermawan).hehe.saje jejalan sambil tengok tengok tutorial utuk blog..yela,blog aku hodoh jer.betul x??(setuju la tue).erm,so,usha usha tutorial,nak la ada blog nice & cantik jugak kan...
Suka terjah blog mereka yang nice nice tue..jejalan kat blog diorang cari pasal..hehe.

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Kasih Mak Tak Seperti Kasih Kita..Kasihmu Tidak Terhingga....

semua orang sayang mak kan??tapi kebanyakan anak sayang mak tak seperti sayang dan kasih mak terhadap kita..    


-KETIKA BERUSIA SETAHUN..
Ibu siapkan makanan dan mandikan kita..Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menagis sepanjang malam..


-APABILA BERUSIA 2 TAHUN..
Ibu mengajar kita bermain.Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil..

-MENJELANG USIA 3 TAHUN..

Ibu menyediakan makanan dengan penuh easa kasih sayang,kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai..


-KETIKA BERUSIA 4 TAHUN..
Ibu membelikan sekotak pensel warna,kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding..


-BERUSIA 5 TAHUN..

Ibu membelikan sepasang pakaian baru,ita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor..

-BERUSIA 6 TAHUN..

Ibu memimpin tangan kita kesekolah,kita ucapkan terima kasih dengan menjerot:"TAK NAK!TAK NAK"!

-APABILA BERUSIA 7 TAHUN..

Ibu membelikan sebiji bola.Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran..

- MENJELANG USIA 8 TAHUN
IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

- KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

- BERUSIA 10 TAHUN
IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

- APABILA BERUSIA 12 TAHUN
IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

- MENJELANG USIA 13 TAHUN
IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

- KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

- BERUSIA 15 TAHUN
IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

- MENJELANG USIA 18 TAHUN
IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA TIDAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

- KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

- BERUSIA 20 TAHUN
IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

- SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

- APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

- MENJELANG USIA 24 TAHUN
IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH?."

- KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

- PADA USIA 30 TAHUN
IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

- KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

- APABILA BERUSIA 50 TAHUN
IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

- DAN KEMUDIAN SUATI HARI
KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.




JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG ....




*rindu sangattt mak kat kampung...rase nak balik,nak pelukkkk jer dia...

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Finally!!Garuda dibaham Harimau Malaya!!

Nunite eberybadi..ok,aku percaya,kebanyakan  entry blog rata rata tengah hangat pasal kemenangan bola malam ni kan..hehe.aku pon nak buat entry pasal bola jgak lah sebelum tido dalam senyuman puas hati..haha!kat FB pon semua post pasal bola..hangat giler!


Finally!kita muncul sebagai Harimau yang berjaya membaham Garuda sekaligus berjaya merangkul pingat emas.Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain bola kesayangan semua...kami bangga sama kalian semua.


hero hero malaya

aku yang ala ala pompuan melayu terakhir ni pon giler bersemangat tengok kot.haha.sampai sakit tekak menjerit macam orang histeria bila gol!hehe..yela,semangat kesukanan perlu ada kan..xkan lah nak tengok bola senyaaaapp jer macam  feling layan nustan..haha.so,no wonderlah memekak,meroyan bagai tue kan..

ok.aku boleh cakap yang pasukan negara kita memang tip top la walaupon saingan pon tak kurang hebatnya..tadi takut giler tengok,risau!berkecamuk jiwa raga aku ni tak tenang sampai la perlawanan tu tamat.aku memang akan frust giler babi kalau negara kita kalah tadi!

ase macam nak tercabut pon ada jantung aku ni,longgar habes kepala lutut.kaki aku ni terkuis kuis macam kucing nak berak jer time tengok bola tadi!haha.bila bola kat pihak lawan,aku ase mcam nak masuk jer dalam tv tue nak sepak sepak bola bagi kat pemain kita..kuat betul penangan bola ni kan..minah macam aku pon boleh layan bola mengalahkan lelaki rasenya.hehe

tadi yang tengok bola ngan aku semua kawan kawan pompuan.tengok kat kolej jer tapi macam dok kat stadium kot!ternyata,kaum ini memang lebih mengancam dan mengganas bila tengok bola yer!macam macam gaya..hehe.adoii,nak tergelak pulak ase.gegulz2 ni kepoh semacam tau(termasuklah aku)..hehe.bila buat salah sikit,mula r mulut membebel cakap yang tue yang ni..(main la sendiri wei),pastue arah suh sepak bola ke sana sini(macam die jurulatih)hehe.tapi yang pastinya memang hangat,menggegarkan tadi!boleh pulak geng aku kat sebelah cakap bontot Si Apek seksi!LOL!tengok bontot rupanyer,bukan tengok bola!haha.pastue siap cari cari mana yang pemain yang handsome!adehhh..

by the way,aku memang kagum & tabik spring kat My Incik Apek!(haha).lebiu lah sayang..kamu memang superb!!aku jatuh cinta sama kamu oooooooooo!!putus tunang yer??xpe,saya ada.!lalalala

Fuhh!kamu memang terror!syg kamu ketat ketat!






Dikesempatan ini,aku nak ucap takziah dekat  negara seberang!al-fatihah lah yer!main macam haram!asyik nak bersinetron jer atas padang tue!huh!cukuplah sinetron yang disiarkan di tv tiap tiap hari!so,kalah menang adat permainan kan..terima lah..xnak lepas ni dengar pape yang xpuas hati dari negara Indon ni lagi.udah udah lah!aku benci sama kamu kok!begok!haha.






"sia2 aja sih guwe ambil pemain import ramey" 
(maybe ni la kot kata kata jurulatih indon kepada Bonai, Diego dan lain lain..wakaka!




lautan merah yang tidak melunturkan semangat harimau malaya!
(kesian mamat2 & minah indon ni)
asenya dah banjir stadium tue dengan air mata..hehe


we all proud with u guys!!






 TEAM Malaysia Hebat ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol BAHTIAR yg sentiasa BERIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh :) dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim Swee ).
(ni la aku ase salah satu faktor kemanangan negara kita malam ni.hahaha)


ape ape pon memang puas hati giler tengok bola tadi!a big congratulations once again!
auuuuummmmmmmmm!!!(rimau betina mengaum ucap tahniah)hehe




We are the champions my friends, & we'll keep on fighting till the end, We are the champions, No time for losers, 'cause WE ARE THE CHAMPIONS of the world! Congrats HARIMAU MUDA. Fuhh, rs mcm dah menang keseluruhan Sukan Sea je. HAHA











Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...