My Beloved Followers

Wahai Gadis...Jangan Mudah Tergoda!

Kalau kita tengok fenomena hari ini,ramai gadis diluar sana yang begitu mudah tergoda dengan Si jejaka.Ala,dengan hanya sekuntum senyuman jer,si gadis dah mula gila bayang!Bila berkereta bsar jer,si gadis dah cukup yakin yang si dia cukup kaya-raya!Namun,tahukan kita semua wahai gadis kebenaran disebaliknya??

Ingatlah..jangan mudah tergoda dengan sifat yang dizahirkan.Ada kalanya pandangan zahir tidak seiring dengan kebenarannya.

So,ikutilah tips dan nasihat ini,harap mampu dijadikan panduan dan sandaran.

JANGAN TERLALU MABUK CINTA.
Yela,kalau dah mabuk cinta tue bukan jaminan membawa kebahagiaan.Masih ada yang taksub dan begitu asyik dengan cinta.Si jejaka pula begitu asyik melontarkan kata-kata cinta.Si gadis pula berkhayal berpanjangan.Ingat,berpijaklah dibumi yang nyata!

JANGAN TERHASUT DEK KEINGINAN.
Berhati-hatilah denga keinginan hati yang terlau melonjak.Tak perlu untuk kita terlalu mengejar keinginan hati untuk memiliki si jejaka.Siasat dulu latar belakangnya.Mungkin indah khabar dari rupa sahaja!

JANGAN TERLALU TERUJA DENGAN POPULARITI.
Seronoknya apabila didekati oleh si dia yang popular di tempat kita belajar atau bekerja.Mentang-mentanglah dia dikatakan The Most Wanted Bachelor,kacak dan ada gaya,terus kita nak kan???hehe.Terus terima cinta die..Hello!kenal pon tidak ok!Mane tahu si dia baik?entah-entah banyak sikap menjengkelkan.Baru PADAN MUKA!

JANGAN PANDANG PADA HARTANYA.
Melihat si jejaka berkereta mewah,anda disini dah mula bayangkan yang indah-indah!Huh!JANGAN BEGITU..harta hanya pinjaman,belum tentu membawa bahagia yang berpanjangan..setuju x??Mestila setuju kan...

JANGAN TERPENGARUH DENGAN SITUASI.
Jangan terlalu terdesak untuk memiliki sebuah cinta.Asalkan ada dikalangan teman kita yang asyik dengan cinta,kita dah nak terburu-buru kejar cinta sedangkan si jejaka itu tidak tepat untuk kita..Memangla kita juga ingin disayangi dan menyayangi..chewah!!..hehe..tapi kena siasat dulu hati budinya betul-betul..

JANGAN PERCAYA DENGAN 'KEPERCAYAAN KARUT'.
Haa!ni penting!Saya pon cam ni jugak..hehe..Kebanyakan kita si gadis ni suka sangat merujuk perihal cinta megikut zodiak kan?Kekasih yang begini,seharusnya begitu.Lama kelamaan si dia pon naik bosan tau!Please tinggalkan tabiat ni!Jangan terlalu taksub mengikut zodiakmu.Cukup sekadar menjalinkan hubungan cinta kamu mengikut keserasian bersama sahaja ok.

                 Kalau kita mudah sangat tergoda,ni lah kita akhirnya..menangis menderita!



                             Hehe..ni la biasanya yg terjadi..xnak lah laki camni kan..

p/s;pandai-pandai lah kita memilih pasangan hidup masing-masing dan sebaik-baiknya,CINTA itu biarlah berlandaskan pegangan agama agar kita semua sentiasa mengecapi kebahagiaan.AMIN...

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

2 comments:

IEQAH said...

setujuuu ^__^

susulemakmanis said...

hehe..ramai sekarang gadis kejar benda2 macam ni jer kan.then,merana!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...