My Beloved Followers

2012,Please Be Nice To Me

Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum & selamat malam
SELAMAT TAHUN BARU 2012!!



korang tak pergi sambut malam tahun baru ke??pergi ler keluar,tengok bunga api!main main mercun!haha.conform malam ni dun dam dun dam meriahyer bagai tak ingat kan?dan aku yakin,malam ni pasti banyak benih benih baru akan ditanam,dimanakah anak perempuan anda,adik perempuan anda malam ni??.<---paham paham lah yer.

erm, Ini adalah entri terakhir untuk tahun 2011..sobs sobs sobs!ok,aku percaya rata-rata blogger dok sebok buat entri pasal tahun baru ni kan..kat FB pun ape kurangnye,masing masing dok post pasal azam mereka la ape la..suka baca,macam-macam karenah,macam macam azam mereka kan.ok,aku pon xnak ketinggalan.azam aku tahun baru ni,nak ke langit!nak jadi retis!nak pikat anak raja!LOL!


Ramai sangat aku tengok kawan kawan aku duk post kat FB,buat entri azam itu azam ini,bla bla bla..jika ditanya pada aku ape azam tahun baru aku?jawapan aku senang jer.azam aku same jer setiap tahun.sebabnya,setiap apa yang aku impikan dan yang aku azamkan tu tak tercapai sepenuhnya pon lagi.Jadi,aku komited dengan azam azam aku yang dulu dan nak sempurnakannya.Istiqamah dan beramal itu yang penting bukan?pesan aku pada semua,usahlah mendabik dada dengan melaungkan azam dan letak target yang tinggi tinggi,ape guna mendabik dada kalau dada kosong dan masih belum diisi sepenuhnya.aku hanya mendoakan agar tahun yang akan datang lebih baik dari tahun sebelumnya dan kita semua menjadi lebih mulia disi ALLAH.amin..Ape ape pon,selamat tahun baru pada semua..^_^




2012,please be nice to me..








Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

FB TIMELINE yang sangat cool!

hai peeps!
belum tido yer??meh baca blog Miss Sue ni dulu meh..^_^

Okay,sebelum tue nak tanye,sape yang tukar FB mereka kepada TIMELINE??mengaku cepat!!sape guna angkat hidung!muahahaha!kalau korang guna,2 perkataan untuk anda..
PADAN MUKA!
hehe..err,soryy...korang tak nyesal ke guna?ke korang rase best sangat hah?menyampah kot aku rase..berserabut giler!aku jadi malas nak jenguk jenguk wall member FB yang guna timeline ni..peningggg..grrr..tue bagi aku la..maybe korang suka,maybe korang rase best or rase hebat dengan timeline tue.yelah,siap ada cover lagi kan?haha.aku dari awal tak suka dan alhamdulillah,nasib baik tak menggedik nak tukar.lau tak,maybe aku akan terus deactive acount FB aku.haha!

aku hanya akan ubah FB aku ke TIMELINE jika aku boley buat cover TIMELINE tue macam ni!it so cool!lets see!

















amacam??tersangatlah cool kan????smart kot!tapi,boley ke kita buat macamni??mampu ke??haha.

p/s:ape2 pun,aku tetap tak suka timeline!semua orang suka?orang nak cakap aku tak up to date??ada aku kesah??

PEACE^_^


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Cinta Elysa

assalamualaikum peeps!
peace^_^

tengah buat ape erk?mesti tengah skodeng2 blog kiter ni..eee,tak malu..hehe.gurau jer!ok,belum terlambat rasenya untuk aku nak bercakap pasal  ceta yang agak famous dimana mampu menjadi tontonan seluruh rakyat Malaysia,ceta ape??semestinyalah, cerita CINTA ELYSA.

entri kali ni ditulis sebab baru lepas layan cerita ni.hehe..asyik tengok jer memanjang!feeling kot!siap download all episode.hehe.So,tetiba datang mood nak update blog pasal cerita ni.


Aku percaya,rata-rata dah tengok!memang best ceta die!jalan cerita yang menarik!awesome!sebelum ni,aku tak berapa gemar melayan ceta melayu ni,tapi Cinta Elysa ni lain..first time tengok,terus melekat!tak pernah miss kot.

Seriusly,suka tengok Fasha dalam ceta ni..ayu,comel,lemah lembutttt jer. Si Johan pulak buatkan aku feeling in love dah dengan dia sekarang!lakonan yang ditunjukkan tersangatlah mantop.nampak real!kalau dulu,aku sangatlah geram,menyampah tengok dia berlakon dalam JUVANA sebab watak Botak yang dia bawak very annoying!jahat nak mampos!geram nak sepak laju-laju.hee~but,since layan Cinta Elysa,oh my!u r my hero babeh!dah jadi sayang kamu ketat ketat.lala

::ni aku nak share sinopsis die::
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).
Jasman bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari – hari. Elysa pada mulanya tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.


tarikan cerita ni pulak salah satunya ialah lagu temanya ialah lagu peberet aku.Lagu KISAH DONGENG by STACY..best!


ok.tu jer.nak layan TENTANG DHIA lak..baru siap download!(even nak exam,sempat lagi..adoyaiii)

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Doakan Daku..

Assalamualaaikum..
peace..^_^

Baru jer sampai UM,hati ni dah teringat kat kampung halaman.. 2 3 hari jer sempat balik kampung sebab terpaksa datang sini balik.sob sob sob!
aku terpaksa gagahkan hati,lawan segala perasaan gundah gulana ni demi final exam yang akan aku tempuhi minggu depan..arghhhh!cuak kot!semester ni  semua killer subject.aku xnak pointer aku down.kalau boleh biarlah dapat Anugerah Dekan kali ni..euwww!hehe..mane tahu kan..tak cuba tak tahu..semuanya bergantung pada usaha kita.usaha sikit,hasil pon sikitlah..

insyaalah..aku akan kuatkan semangat walaupon dalam kepala otak ni still tak tahu ape2 aku rase,walaupon semester ni macam macam dugaan yang melanda aku..terpaksa la struggle,perah otak,bukak mata luas2 tambah tambah tengah tengah malam.sebab aku ni style study last minute!padan muka aku kan?kadang kadang tue sampai aku rendam kaki dalam baldi tak nak bagi mengantuk..hehe.

aku rase otak aku ni dah tepu dah..memory dah full!loading pon dah lembab dah sekarang!haha!erm,ni semua sebab aku sendiri,pemalas!selalu uat dek jer.kelas ponteng jer memanjang.grrr..hehe.bila nak exam baru kalut ribut..orang macam aku la kadang2 ade yang boleh jadi gila kan?sebab terlampau stress!YaALLAH,jauhkanlah aku dari segala keburukan,senangkanlah aku..kuatkanlah hatiku..bukakanlah hatiku..amin.



korang..doakan aku berjaya ok!
ok,tue jer,nak study dulu.^_^




Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Aktiviti Hujung Minggu

salam semua..

ok,entri sebelum ni aku ada cakap yang aku ada join satu event weekend ari tue kan..sory lambat cikit update.
nak tahu event ape??event Pertandingan Futsal TAHA anjuran Berita Harian & Tabung Haji yang berlangsung di Galaxy Futsal Bangi.
aku main futsal ke?eh x..aku jadi crew!
agak meriah event tue..ramai anak muda yang join!hadiah die pulak agak lumayan!lau sape sape yang ada baca Berita Harian conform tahu pasal event ni..

so,ni nak show off cikit gambar sekitar hari kejadian..hehe












ok dah.tue je pic yang ada!xsempat nak amek gambar banyak banyak cuz buzy time tu..

pada hari tue jugak,aku sempat buat giler!aku karoeke di lautan-lautan orang!haha.saje saje jer.aku kan suka nyanyi even suara macam katak!
ok..dengarkan..special untuk sape sape yang jenguk entri kali ni..haha
tapi seriusly,lepas aku nyanyi..terus hujan lepas tue!haha!so,lue pikirlah sendiri!!suara aku sangat tak sedap atau ujan rahmat barangkali!euwww!hehe


sory..xleh rotate.hee~sakit telinga kan??lantak r!haha..ok.tue jer.bai sayang sayang semua...umuahh!

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

tudung VS muka

hai semua..ok.lau kita tengok sekarang,macam-macam jenis fesyen tudung ada kan??sampai tak sempat kite nak ikut trend nyer..

tapi,kebanyakan wanita aku tengok,main rembat jer..main belit jer..tak tengok dengan kesesuaian bentuk muka mereka..macam aku ni memilih sikit.susah sebab muka aku bulat,pipi aku tembam!kalau xkena pemilihan tudung,aku akan nampak macam Doraemon!macam Teletubies!LOL!

ok..ni aku nak mohon pendapat dari korang,mane lebih sesuai aku gayakan tudung..tudung bawal ke, ariani ke, selendang ke,pashmina ke,
shawl atau sebagainya..

1

2

3

4

5


6



 7

8


ok..dalam banyak banyak pilihan diatas..pilihan mane yang paling sesuai dan paling tidak sesuai aku gayakan tudung..mohon pendapat.thanks:)







Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

jangan simpan kuku panjang!!!

assalamualaikum..salam Jumaat buat semua..moga kita semua sentiasa diberkati olehNya..amin..

Erm,di hari jumaat ni,ape ape jer kite buat mesti dapat lebih banyak pahala kan..lebih berkat la..sama jugak kalau kita potong kuku..
sometimes, mesti orang tua tua galakkan kita potong pada hari jumaat..betul x??sebabnya, hari Jumaat ni penghulu segala hari..berkat kalau buat apa-apa kebaikan..


ok..berbalik pada kisah potong kuku tadi..aku nak tanya,ada tak korang simpan kuku panjang panjang??kebanyakannya macam tue la..simpan panjang-panjang macam jari hantu!style,cantik katanya!tak faham aku..
macamane la diorang basuh berak,then makan!errrrrrr..jijik!

haaa..korang yang simpan kuku panjang-panjang tue..
udah udahla.potong cepat cepat.tak elok,xbaik.kotor!cer tengok gambar ni..


grrrrr..akibat simpan kuku panjang2!



haa..nak simpan kuku panjang panjang lagi???mane la tahu kan tetiba terkoyak macam gitu..sakitt wooooo..ngilu kot rasenyer!



p/s: erm,xsuka simpan kuku panjang-panjang sebab susah nak jaga..pas tue,mesti jari asyik gatal jer..tak selesa!
kalau boleh,amalkanlah amalan memotong kuku pada hari Jumaat ok..sekian...

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Tutorial Tudung!Wanita Wajib Tengok!haha!

ok..aku tertarik sgt dgn entri cik Kumbang ni!so,aku mohon share..hee~
Koleksi Jenis-jenis dan Fesyen Tudung


 Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari?
 Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini.
 Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. 
 Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis?
Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan
 menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu.
 Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.




2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma.
Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak.
Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma.
Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti?
Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat,
 anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala,
 sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang,
semuanya nampak bentuk.
Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...


4. Tudung Alien

Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien.


 Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.





Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang 


digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,
 berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. 
Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.
 Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. 
Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]





5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. 


Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak.
 Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok.
 Love bite kat leher pon boleh nampak.
 Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli.
 Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...




6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif






7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, 


seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan.
 Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.




8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang.


 Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. 
Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,
 dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
 Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya
, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, 
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, 
atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka,
 atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka,
 atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, 
atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) 
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
 Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
 Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


 [ TMQ an-Nur(24):31]




*****




Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. 
Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. 
Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong  Allah. Amin... :)


cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa..
.pin bawah dagu.
.kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..
selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....

tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..
tudung bawal katanya..
.ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....

ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...
ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat...
so makcik2...paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...

ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...
kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya...
.ni yang menekankan penutupan aurat ni...

tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya..
.ikat belakang...jalannnn...lalalala

bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..
nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...

bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...
nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....

then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....
macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)

di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...
variasi katanya...yer kerr...

ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....
jambul...ko mampu?

pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...
ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...
bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...

so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...
akak namakan tudung senduk...
langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...
tudung bawal lagi bagus...

langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..
jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...

langkah 3: amik tudung lain corak2...
bendera juga boleh yer...

langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....
ala2 nak gantung diri gitew

langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...
pastikan nak bukak mulut pun susah yer....

langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...

tadaaaaaa...siap.......chantek kan...

nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung senduk...
.gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua...melawat saudara di hospital tampoi...

kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas....
untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung...



gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...


sekian terima kasih


selamat mencuba...
ngek kan?haha!just sharing ni..jumpa kat blog cik Kumbang!

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...