My Beloved Followers

makan-makan time

assalamualaikum.. 

hari ni baru ada mase terluang untuk  update blog..yelah,weekend kan..takde kerja nak buat.so, bila dah ada mase ni, nak ceritalah pasal last week punyer story,tak basi lagi kot ceta ni.hehe..sempena berakhirnya bulan syawal yg mulia hari tue, aku n the geng ni buatlah jamuan makan sikit-sikit.kebetulan pula, aku dan member aku si Ruhil tue baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 15 tahun.haha.so, wajiblah diorang kena celebrated kan!














eh, macam terlebih banyak pulak upload..tadi nak tunjuk cikit-cikit jer..haha.tapi takpelah.ape ape pon, kami sangat happy hari tue dan terlampau kenyang sebab makan terlampau banyak.haha.thanks gegirl semua..syg korang!umuahh!


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Insomnia Melanda Aku..

Assalamualaikum...

ya allah,stress sangat bila badan penat tapi mata tak boleh tido..macam tue lah yang aku alami tiap-tiap malam sekarang.seksa sangat.adakah aku sedang mengalami "Insomnia" iatu gangguan tidur waktu malam..yes,i am ! bila aku cuba search dalam internet,memang sah!penyakit ni boleh bawak giler tau..
yang effect nye belah siang la..asyik tak bermaya jer,pergi kelas pon mengantuk..

aku dah memang tak boleh buat ape dah.baring sane tak kena,sini tak kena..then,try search kat tenet mane tahu ada  info yyang boleh membantu..search punyer search,aku jumpa ni.! moga ini dapat membantu aku..

Pesakit tak boleh tidur malam eloklah:

1) Jangan minum kopi dan teh langsung

2) Jangan tidur siang

3) Pakai minyak wangi di pakaian dan 32 point di tubuh badan

4) Minum yogurt dan susu selepas Maghrib dan Isyak BANYAK2!

5) Amalkan ayat 11 Surah al Kahfi selepas Solat Isyak. Sila tutup telinga dengan penutup telinga atau bantal kerana tidur ada kaitan dengan telinga.... " fa darabna ala azanihim fil kahfi sinina adada.." Sila tengok maksudnya.... surah al kahfi ayat 11.

6) Selepas Isyak BERNIAT untuk terus tidur.

7) Jangan biasakan tabiat tengok cd / TV / main internet /FB / borak kosong lepas isyak sampai pagi,, 

akanku amalkannya...Ya Allah,bantulah hambamu  yang tak boleh pejamkan mata ni.Kau lenakanlah malam-malamku.kau berikanlah kesihatan yang sempurna kepadaku.
tahap kritikal dah aku rase ni..sampai bawah mata dah lebam-lebam kehitaman..kepala rase berat sampai pening teramat sangat!

anyone yang ade tips atau tahu cara nak menghadapi masalah ni boleh la share dengan saya..saya amat memerlukan dan menghargainya..thanks!


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Rumah Terbuka Terakhir...

amboi,macam same pulak tajuk entri aku hari ni dengan tajuk entri Ben Ashari tue kan?hehe.lantaklah,dia kisah dia,aku kisah aku..okey,tadi aku menghadiri rumah terbuka terakhir untuk syawal pada tahun ini..sedih pulak rase bila dah nak habes bulan syawal ni..rase belum puas meraikan dan menyambut kemeriahan hari raya..entah sempat ketidak untuk aku raikannya pada tahun tahun akan datang..ajal maut ditangan tuhan kan..
(tetiba ayat sedih pulak )

tadi pergi ke open house di Damai Perdana, Cheras..makanan die bukan main banyak lagi..tak larat den nak makan semua.huhu.balik balik terus terbongkang tido kekenyangan..




Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Ulang Tahun Kelahiranku yang Ke-22 :)

happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me..
(sedap tak suara kite ? ) hehe


saban tahun bila tiba tanggal 12 September, maka bertambahlah usiaku.okey, Di tahun 2012 ini membawa aku ke usia 22 tahun..muda lagi kan?ke dah tua?haha.getting older means getting wiser right?okey, terus terang cakap, banyak banyak hari yang ada, hari ni lah yang paling aku tunggu-tunggu. yelah, setahun hanya tiba sekali jer kan? semua orang tertunggu-tunggu hari ulang tahun mereka.samalah dengan aku.time ni lah nak muhasabah diri, nak ada azam baru la apa lah.hee.semoga aku bertambah matang dalam menempuhi kehidupan ini, semakin tabah, dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, diberi kerahmatan,kebahagiaan dan semua yang baik-baik belakalah yang aku harapkan.amin ya rabbal alamin..

hari ni excited sangat dapat ucapan-ucapan dari yang tersayang, family, dan kawan-kawan..kalau kat FB tue akau rase dah macam artis dah.tak larat den nak membalasnya.haha.gembira baca ucapan dan doa-doa mereka.thanks olls !terasa diriku begitu berharga.hikhikhik..

tiada yang special sangat pon pada hari jadi ku kali ni..yelah,sibuk sikit almaklumlah semester baru bermula..hadiah dari family dan yang tersayang pun belum lagi aku dapat.akan ku tuntut itu ! huhu.okey, but yang lain cikitnya pada kali ni dimana si dia celebrated my bufday in advance !speechless babe!terkejut dan terharu sangat.tak sangka dia datang rumah bawak kek coklat aiskrim kegemaranku.padahal lagi 4 hari bufday ku tiba,happy sangat.sambut awal awal sebab aku terpaksa pergi universiti dah..btw,thanks and congrats to my darling and my family kerana berjaya mengejutkan aku dan sudi meraikannya.sayang korang semua ketat-ketat !umuah.


:: kek bufday dari yang tercinta.tq darling :) ::

lebih meriah lagi bila tahun ni aku sambut bufday pada hari yang sama dengan roomates kesayanganku, Ruhil Amira..teruja kot bila tahu kami share hari jadi yang sama.hehe.genap 12 malam semalam,masing-masing makes wishes each other.lucu pulak rase..hee.nanti kami nak beli kek upin dan ipin (sue dan ruhil ) hihi,nak celebrated sama sama dengan kawan-kawan kuliah!tak sabarnyerrrr...



sekarang, aku dah pening fikir nak beli ape untuk ibu tersayang..yela,dia yang susah payah melahirkan, menjaga dan mendidik anak dara dia ni kan.takde dia,takde la aku.thank to her.hanya ALLAH yang mampu membalas jasanya..biasanya dihari jadi kite,kite akan terima pelbagai hadiah, pelbagai ucapan kan..so,apa salahnya kite bagi something special kepada ibu kita dan ucap terima kasih dan mohon ampun padanya sebagai tanda kita sebagai anak menghargai jasanya kan?

Lastly, sempena ulang tahun kelahiranku ini, aku meletak beberapa harapan. harapan itu hanya ku pohon pada yang Maha Esa iatu mohon dipanjangkan usia ku agar aku dapat merasai lagi nikmat kehidupan ini , mohon supaya diberi kesihatan yang baik untuk aku menjalani ibadatNya dengan sempurna, diberi ketabahan untukku menuntut ilmu dijalan keredhaanmu, diberi kebahagian yang berpanjangan bersama keluarga dan orang-orang tersayang.
Ya Allah, ku mohon ampunkanlah dosa-dosaku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, ampunkanlah dosa kekasihku, dosa kawan-kawanku dan seluruh ummat islam didunia ini.Semoga kami semua mendapat hidayah dari Mu Ya Allah !


sweet 22..tapi macam 16 tahun kan?hahahaha


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

:)

assalamualaikum..

setelah sekian lama aku menghilangkan diri dari dunia maya ini,kini aku kembali lagi.haha!10 September 2012 ,maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar setelah 3 bulan bercuti menggemukkan diri.huhu.serius gemuk,badan aku naik 5kilo ok!arghh tension.takpe2,sekarang adalah mase yang sesuai untuk aku dapatkan berat badan yang ideal balik.yela,kat kolej kena makan magee jer tiap tiap hari.dok kat sini kena bajet la sikit..huhu.kalau kat rumah takpe lah,asyik makan jer kejenyer..dah tue mak sedia makanan best2 sangat kan..erm,terpakasa la aku merajin rajinkan diri untuk joging petang-petang nanti.xleh asyik nak tido jer.

pejam celik pejam celik dah tahun terakhir aku kat sini..rase macam baru semalam jer masuk UM ni..kejap jer masa berlalu..dah final year ni,kena lebih serius la dalam study,xleh main2 dah..goodluck Suliana..aja aja fighting!dah tak lame dah kau study..tak lame lagi konvo dah.tak sabarnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Salam Ramadhan Al-Mubarak

assalamualaikum..

agak terlalu lama rasanyer jari jemari ni tidak menari laju diatas papan keyboard untuk menulis entri-entri baru.bukan malas atau jemu tapi kesuntukan masa membuatkan aku terpaksa tinggal semua ini.ecece.ayat bajet.haha.takdela,sebulan aku kat indonesia so kekangan besar untuk aku online.leka dan busy dengan kehidupan baru yang terpaksa aku harungi disana..


aku ke Bandung baru-baru ni.sebulan kat sane!serius best dan banyak kenangan manis yang aku dapat.tak kurang juga kenangan-kenangan pahit dan perit yang terpaksa aku lalui ketika merantau ditempat orang.banyak pengalaman baru yang aku dapat.terpaksa lalui kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan di negara sendiri,belajar mengenai budaya orang dan sebagainya.best giler!pertukaran pelajar ini memberi aku 1001 makna bagiku..

ok,memandangkan kite dah masuk bulan ramadhan,saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam..moga bulan yang indah ini memberi kita keberkatan dan kenikmatan dalam menunaikan ibadahnya.amin.bulan ni bulan yang penuh keberkatan kan,so, jom kita belumba-lumba mengisi pahala banyak-banyak.pakat-pakat pergi tarawih dan Al-Quran tue rajin-rajinlah selak untuk dibaca yer,tak begitu cik kiah?hihi.

rasenyer itu saje untuk kali ini.penat belum hilang lagi sebab baru sampai semalam.salam ramadhan semua!puasa penuh semua yer,kalau tak,tak dapat duit raye!hihi.




Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

exam buat aku separuh giler!

assalamualaikum..


exam!cuak kan?tahap tekanannya tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata.hanya sape-sape yang sedang bergelumang dengan exam ni jer yang tahu betapa exam ni buat kita separuh giler.serius aku kadang-kadang dah give up!aku suka study tapi aku tak suka exam!damn!otak aku macam dah rosak dah!tiap-tiap lepas solat hanya mampu tadahkan doa mohon pada yang Esa agar aku kuat menghadapi dugaan sebagai insan yang bergelar pelajar dan tekanan yang aku hadapi tak cenderung untuk aku buat kerja yang bukan-bukan..mane tahu stress sangat sampai terjun bangunan kan..huhu.dah banyak kes terjadi kot.moga aku kuat...kuatkanlah iman aku,berikanlah semangat untuk aku terus berusaha,berikanlah aku kejayaan dan keberkatan dalam menuntut ilmu ini Ya Allah.


kehidupan sebagai mahasiswa U ni memang sangat indah..cuma time exam jer saat yang sangat menyeksakan.salah aku jugak,banyak main-main & suka study last minute.padan muka kau sue!bila la nak berubah..kalau awal semester semua subjek nak score A,tapi bila dah hujung semester,lulus & tak repeat paper pon jadila..huhu.


dah penat study,kekadang dah fed up sangat..grrrrrrrr..dear stress,lets break up!

menghitung hari dengan penuh keterujaan dan ketidaksabaran..tak dapat bayangkan betapa aku bebas seperti burung-burung di awangan bila musim final exam dah tamat.ahaksss..semoga cepat semua ini berakhir!


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Cinta Emelda..hehe

assalamualaikum..

Cinta Emelda..wo woo wooo.entri ni bukan pasal Cinta Emelda cerita yang hot tue ok,tapi ini adalah pasal kucing aku.haha!nak tahu dengan lebih lanjut??meh sini nak stoli moli cikit.:D

Emelda tue sebenarnya nama kucing aku.Apesal nama kucing aku "Emelda"??nama takleh blah kan?haha.ok,al kisahnya bermula macam ni..aku ni seorang yang kurengg gemar dengan binatang seperti kucing ke ape ke..dan aku pulak mempunyai seorang pakwe yang sangat menyukai dan menyayangi kucing-kucing.kadang-kadang,kucing pon die tukar lagi dengan aku ni.die belek-belek,cium-cium,peluk-peluk kucing.aku takde pulak die buat cam tue.LOL!

dan baru-baru ni,si dia entah kenapa beri aku seekor kucing.nak suh aku ni jadi penyayang macam die katanya.amboi amboi,tak cukup penyayang lagi ke aku ni??.siap pesan suh jaga dan sayang kucing tue macam sayang dan jaga dia.pastue,dia siap letak nama kucing tue "Emelda".tergelak-gelak aku.hot betul nama kucing betina ni.hehe.mungkin pengaruh cerita Cinta Emelda gamaknya.dia cakap,kucing ni tanda cinta dia la ape la.huhu.macam-macam.naik pening aku..


sekarang dah ada baby..huhu.so,tanggungjawab tue lebih sikit la.mane nak kena bagi makan lagi,nak beli susu lagi,mandikan baby lagi.haha

ni lah baby saya,Emelda..




Si Emelda ni dah jadi macam anak aku pulak.hehe.sangat manja,comel dan tak kurang jugak nakalnya..cayang Emelda.

pada si dia,kalau Emelda lah salah satu tanda cinta awak pada saya,saya kan jaga dia elok-elok,sayang dia macam saya sayang awak..nanti bagi saya baby betul-betul pulak okeyh.aishhh,tak sabar!hahahaha,gedikkk gitewwww..:P









yang ikhlas,
mummy Emelda.

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

balik kampung!yeayyh!

assalamualaikum..

mengupdated blog dikala perut tengah kebulur giler!uwaa.takde ke sape-sape nak ajak aku makan hah?huhu.
ok,besok pukul 3 balik kampung!hati gembira tak terkata.nak makan banyak-banyak kat umah!dok kolej asyik lapar jer takde makanan.erm bila balik esok,macam-macam dah plan nak buat ape kat rumah.nak masak resepi yang aku baru belajar,nak buat kek batik,nak g kenduri kawan dan macam-macam lagi lah.walaupun sekarang tengah study week,aku mengambil kesempatan ni untuk balik kampung rehatkan minda sekejap sebelum menempuh final exam!grr.cuak,takut,risau.tak abes-abes ngan exam.tapi nak buat camne kan,adat la belajar.

ok tue jer.takde motif sebenarnya updated blog sebab perut tengah lapar tahap giler gaban!sebab tue entri ciput jer kali ni.hii.ok,nak cari makan dulu.bye2 olls!

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Bercuti Di Port Dickson..

assalamualaikum..

bila kepala otak dah stress tahap gila babang dengan assigment yang berlambak ujung-unjung semester ni, memang layan habes kan bila kita habeskan hari weekend dengan pergi bercuti??so,aku & the geng mencari destinasi yang sesuai dan yeahh,finally kitorang decided untuk ke Port Dickson.boleh gathering sesama ala-la family day gitewww,best sangat!macam-macam aktiviti kami buat.main sukaneka yang pelik pelik,mandi-mandi pantai sampai kulit habes hitam,buat BBQ samapai ke tengah malam.haha!dan yang paling best, aku berpeluang naik banana boot walaupun aku ni agak takut dengan air dan mabuk laut sikit.huhu.kena campak kat tengah-tengah laut ok!ade berani???tapi best!i love banana boot!hehe.serius takleh lupa saat kena campak tengah-tengah laut!terkapai-kapai di lautan.haha.pastu tertelan air laut sebab panik sangat!amek kawwww!masin giler!sampai ari ni terasa lagi masinnyer.huhu


oh yer,lupa pulak nk bagitahu..kami memilih Resort Ancasa sebagai tempat untuk kami bermalam.resort tue not bad la.menyediakan sebuah apartment yang sangat selesa yang penuh dengan kelengkapan.
2 hari 1 malam di sana.syok habes!

so layanlah gambar-gambar kami sepanjang berada disana...tak nak tengok pon takpe.:D











































ok tue jer!jenuh mak nak upload gambar bebanyak!tue baru suku jer gambar yang diupload tw.ada 870 keping semua gambar.tue baru pergi 2 hari,lau 2 minggu rasenya memang tak muat kot memory kamera aku.LOL!.ape ape pon best sangat kot!walaupun tak lame,walaupun dekat jer at least dapat release tension dan dapat rehatkan kepala otak ni sekejap before menempuh exam yang dah tak lame dah.bila balik dari PD, memang penat giler lah.sampai setengah hari aku terbongkang tido!haha.penat tapi menyeronokkan!geng-geng pulak sporting habes!korang memang terbaiklah!cayang korang ketat-ketat.nanti kite gathering same-same lagi okeyh!


--->muka dah hangus sebab kuat main pantai!huhu.amek masa nak back to normal!




Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Selamat Hari Guru

assalamualaikum..
walaupun mata dah ngantuk tahap gaban,aku taknak ketinggalan nak updated pasal hari guru..entri kali ni khas untuk insan-insan yang bergelar guru.

Tanggal 16 Mei pasti amat bermakna bagi seorang guru.mesti dapat banyak wish,dapat hadiah dan paling penting penghargaan dari anak murid.banyak jasa mereka kan?memang tak ternilai.dulu zaman kecik-kecik cita-cita aku nak jadi cikgu.memang nak sangat jadi guru sebab hari-hari pergi sekolah tengok best jer cikgu-cikgu ni.selalu berangan nak jadi cikgu.tapi sekarang,aku sendiri dah tak pasti dengan cita-cita aku nak jadi ape.haha.yelah,jurusan yang aku amek kat U ni memang simpang jauh dengan guru,huhu.yang aku pasti,aku nak jadi seorang yang berjaya!tak semestinya kena jadi guru baru berjaya kan.

Guru,dirimu ibarat sebatang lilin yang mampu menerangi alam kegelapan dan sanggup membakar dirimu sendiri..kau sangat mulia dan sangat ku sanjungi di atas didikan dan bimbinganmu.tanpamu,aku tidak akan dapat apa yang aku ada sekarang.tanpamu guru,sudah pasti aku tidak melangkah ke manara gading seperti hari ini.

dan akhir sekali,kepada guru-guru yang pernah mengajar Suliana Binti Amran ni yang terdiri dari guru-guru di:-
  • Tadika di...aku xingat nama sebenar tapi yang pasti di Machang Kelantan!hehe(Cikgu Zainab nama die,sangat baik,caring giler.ingat lagi muka die yg penuh keibuan tue)
  • Sekolah kebangsaan Pendok,Jeli,Kelantan
  • Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh Gua Musang,Kelantan
  • SMK Sungai Asap,Gua Musang,Kelantan
  • SMK Hamzah,Machang, Kelantan
  • Lecture & tenaga pengajar di Universiti Malaya.

dengan ucapan, "Selamat Hari Guru" .Terima kasih yang tidak terhingga kerana mendidik dan membimbingku.hanya ALLAH yang mampu membalas jasamu.
tak lupa juga kepada rakan-rakan yang bakal menjadi guru,rakan-rakan yang dah jadi guru,sanak-saudara yang mejadi guru,dan kepada mereka yang menjadi guru,selamat hari guru!semoga usaha kalian yang murni akan melahirkan  insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.



dulu-dulu :

  • zaman2 sekolah dulu kalau 16mei jer,conform muka aku ni ade atas pentas buat persembahan sempena hari guru.=)
  • hadiah special yang pernah aku bagi sempena hari guru:gubahan kotak tisu yg sangat comel.buat sendiri ok.khas untuk ustazah yg paling aku sayangi.   
  • sape2 cikgu handsome jer conform aku gila bayang kat cikgu tue,haha.gedik kan?saje jer amek semangat untuk ke sekolah.:P 
  • cikgu unfavourite :cikgu yg mengajar subjek matematik sbb aku xsuka giler matematik!Sory cikgu..
  • suka baik2 ngan cikgu sebab nak markah lebih.zaman u pon camni lagi.taktiklah katakan.hehe



selamat hari guru dari budak paling nakal di sekolah dulu-dulu.hehe.nakal tapi baik dan comel ok!buwekk

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...