My Beloved Followers

Tanda Lelaki Sayang...

assalamualaikum..
peace be upon to u..

entri ni khas untuk anda anda yang sedang hangat bercinta!samelah dengan aku yang setiap saat merindui sang kekasih yang jauh dimata!sobs sobs sobs!hehe.so,dengan mood yang sedang jiwang dan tangkap cintun ni,maka lahirlah entri ini.chewah!sory kalau entri kali ni agak panjang dari biasa.tapi please,stay!rugi kalau tak baca.hehe

wanita,awas dengan pasangan anda!jangan sampai anda tertipu & dipermainkan..
bagaimana pasangan anda??nilai dan tanya diri anda sendiri cukup bagus atau paling layakkah si dia untuk kita=)


TANDA LELAKI SAYANG

Apabila seorang lelaki benar benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas,hati lelaki yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba menjadi selembut kapas.Bahkan,lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapon hati lelaki,si dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Namun kaum wanita,janganlah mengambil kesempatan diatas pengorbanan lelaki untuk mu itu...

sekiranya kita menyedari teman lelaki kamu itu sentiasa bersungguh sungguh melakukan sesuatu untuk kita dengan rela hati,ternyata kita tidak silap memilih teman hidup..situasi ini terang terangan menjelaskan perkara sebenar.Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka suka atau ingin mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar.Betapa beruntungnya kita...

selain itu,jika teman lelaki kita sentiasa buat hati kita senang dan terhibur,itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kita.Sudah tentu dalam sesebuah perhubungan  kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang..Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana yang ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istemewa dalam hidupnya.kalau boleh biarlah sampai kejinjang pelamin..baru berbaloi!

jika sudah sayang,macam macam akan kita fikirkan  termasuklah bimbang akan kehilangannya.begitu juga dengan teman lelaki selalu menyatakan rasa risau,bimbang dan takut akan kesudahan cinta ini..ini bermakna dia selalu memikirkan yang terbaik terhadap perhubungan ini dan berfikir apa caranya untuk mengelakkan perhubungan ini berakhir dengan begitu sahaja.


kamu hadapi masalah dan dialah orang pertama yang membantu kamu..tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.sidia juga akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah.beruntungnya!


Lucu tetapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata mata untuk mendapatkan perhatian darimu..si dia mahu bermanja dan mahupun kekasih hatinya melayannya lebih dari insan lain yang kamu sayang.kalau dia merajuk hati,sekali sekala cubalah untuk memujuknya.jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada.bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja.hanya untuk orang yang disayangi sahaja...


kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa panjang yang agak lama.tiba tiba dia manjadi gelabah dan tidak menentu.itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu lagi ragu tentang kesetiannya...


manusia semunya tidak sempurna..begitulah jua teman lelaki kita,tak lari dari buat silap dan kadang kadang buat kita kecik hati..tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia.berilah dia masa untuk berubah..nak berubah bukan senang tapi jika dia berubah demi kebahagiaan kita,itu satu perkara yang baik..janganlah kita cari pengganti dia semata-mata atas kesalahan kecik dia..kita pasti ke pengganti dia dapat membahagiakan kita???


Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi kita apabila si dia mementingkan diri kita dari dirinya sendiri..apa sahaja dilakukan adalah untuk kita asalkan kita sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali berada disampingnya..
jadi,hargailah lelaki sebegini jika si dia menjadi milikmu dan terimalah dia seadanya..sekian..


Alhamdulillah,setakat ini,teman lelakiku ada seperti ciri ciri yang aku sebutkan.YA ALLAH,aku bersyukur di atas kurnianmu terhadapku..Kuatkanlah cinta kami,dekatkanlah,lindungilah kami, dan satulah kami dibawah keberkatan dariMU..


Sayangku,thanks for everything..kamu telah membawa sinar kebahagian dalam hidupku..moga kita disatukan dan hanya kematian yang kan memisahkan kita..aku cintakan kamu..

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

3 comments:

IMANSHAH said...

wah tips yg bagus ni

GincoMerahJambu said...

relationshipa ialah bila kita sentiasa menyokong antara satu sama lain dan relationship yang terbaik bila mempunyai komunikasi yang baik

Stacy Hanza said...

good tips tapi kalau long distance relationship ni..memang susah mau jangka..semoga bhagia dgn org tersayang dear :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...