My Beloved Followers

Back To School!!yeayyh!

Assalamualaikum!

Ok,lately asyik updated pasal dinner jer.haha!yela dah ujung-ujung sem ni terpaksa la attend banyak dinner kan.kali ni best.Dinner tahunan kolej kediaman Tun Syed Zahiruddin UM decide,tema die "back to school".fuh,memang kami-kami yang dah tua bangka ni excited tak payah cakap la kan.pastu kalut ribut cari baju sekolah yang dulu-dulu.hehe.awesome kot tema die!dapat menggamit memori dan mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan dulu-dulu.rindu nak sekolah balik rasa.nak jadi nakal-nakal,gila- gila cam dulu.hehe.

pasti anda nak tengok aksi dantelatah kami masa pakai uniform sekolah tue kan?hehe.
aiseyyh,rase macam kiut miut lak.haha.macam kembali ke zaman 15 tahun.nak tengok?lai lai lai






























comel kan kami?hihihihi.nak tahu satu rahsia?aku paw cousins aku punyer baju sekolah sebab baju sekolah lame aku dah ketat!haha!.ape ape pon,seriusly aku rindu nak kembali ke zaman sekolah yang mengajarku banyak perkara,memberi pengalaman yang sangat indah dan bermakna.rinduuuuuuu...

ok,tue jer,esok ada dinner lagi.hehe.tema dia "masquerade".aku dah pening-pening cari topeng dan tak tahu nak pakai ape.lantaklah,asal nampak cun.ye dak??haha!


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Entri Jumaat=)

assalamualaikum,peace upon u..salam jumaat semua.semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat dariNYA.amin..







ingat SAY NO TO ZINA!
selamat beramal :)


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Remaja Perempuan Dibunuh dan Dibakar..

Assalamualaikum!

bangun pagi-pagi aku dah dikejutkan dengan berita yang sangat menghibakan dan menghayat hati..anak jiran sekampung aku dibunuh dan dibakar.Ya ALLAH,sungguh tak berhati perut si pelaku itu.sangat kejam!aku kenal arwah tue,baru 16tahun..ni petikan akhbar yang aku jumpa.

GUA MUSANG - Kejam. Itulah luahan marah berulang kali seorang ibu apabila mengetahui anak gadisnya yang hilang sejak 3 April lalu ditemui mati dengan rangka tulang bersepah dalam kawasan belukar berhampiran ladang sawit di tepi jalan ke Kampung Limau Kasturi, dekat sini, petang kelmarin.
Che Esah Yusoff, 60, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, sebelum itu pengsan sebaik mengetahui mayat anaknya ditemui dan terpaksa dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan.
Rangka tulang bersama tengkorak dipercayai Nor Ain Shafnie, 16, ditemui dalam kawasan belukar tersebut tidak jauh dari rumahnya itu oleh seorang pekerja kontrak mengangkut buah sawit kira-kira jam 6 petang.
Nor Ain dilaporkan keluar dari rumahnya di RKT Kesedar Jeram Tekoh itu jam 9 pagi sebelum didapati hilang kerana tidak pulang ke rumah bersama motosikal yang ditungganginya sehingga lewat malam pada hari sama.
Akhbar ini pernah menyiarkan berita mengenai kehilangan Nor Ain itu pada 12 April lalu ia itu seminggu selepas dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang dan melancarkan gerakan mencarinya.
Turut menemui berhampiran rangka tulang itu sebuah motosikal yang dibakar, seutas jam tangan dan dompet berisi kad pengenalan mangsa bersama seluar jeans yang sudah ditanggalkan.
Che Esah ketika ditemui sebaik pulang dari HGM berkata, dia amat terkejut dan kesal dengan  kejadian yang amat memilukan itu serta mahu pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.
“Orang macam itu tak patut hidup lebih lama dan hukum dia sepadan dengan perbuatan yang dilakukan itu hingga saya kehilangan seorang anak gadis tersayang,” katanya yang juga ibu tunggal.
Beliau berkata, sejak hari kehilangan lagi dia merasa tidak sedap hati kerana kebiasaan anaknya pulang walaupun lewat malam hingga terpaksa mengerah penduduk dan anggota Rela melancarkan gerakan mencarinya.
Katanya, sebagai seorang ibu tidak pernah berdiam diri untuk mengesan anak bongsu daripada 10 adik beradik itu dengan menemui beberapa bomoh sama ada bomoh tempatan atau luar daerah.
“Saya tidak pernah berputus asa untuk mencari anak saya itu dengan mengunjungi ke semua rumah rakan-rakan dia dan waris terdekat, namun gagal ditemui dan tidak sangka akhirnya menemui rangka tulang.
“Setahu saya dia tidak ada musuh hanya malas sekolah sahaja apabila mengambil keputusan untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap hanya setakat tingkatan dua,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika mengesahkan penemuan rangka tulang seorang manusia itu berkata, rangka tulang itu dipercayai gadis yang dilaporkan hilang dari rumahnya di RKT Jeram Tekoh.
Beliau mengesyaki rangka tulang yang ditemui itu dipercayai mangsa bunuh dan ditinggal di dalam kawasan belukar tersebut bersama sebuah motosikal sebelum ditemui seorang lelaki pekerja ladang sawit berkenaan.
Katanya, serentak itu, pihaknya menahan lapan orang termasuk enam lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.
erm kesian kan?manusia sekarang dah sangat kejam.terkejut aku dengar.yela,biasanya kes-kes macam ni aku tengok dalam tv,baca kat paper jer.tup-tup jadi dalam kampung sendiri.pada yang ada anak perempuan,adik perempuan tue,awasilah mereka.moga keluarga kita dijauhi dari nasib malang yang sama  yang menimpa arwah.
takziah diucapkan pada keluarga arwah,tabahkan hati,banyakkan bersabar.moga roh arwah dicucuri rahmat,diampunkan dosanya.Al-Fatihah..

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Malam "Setangkai Kasih"

assalamualaikum!
baru ade mase nak godek-godek blog!hehe.nak updated cikitttt..

semalam tanggal 20 April, jabatan aku "Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial" telah mengadakan satu majlis makan malam yang bertempat di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa.restoran tue sangat awesome!nice giler!dinner tersebut dinamakan Malam Setangkai Kasih yang bertemakan "flowerist" bersesuaian lah dengan lokasi dinner tersebut.

Tema die flowerist kan?tapi aku ni tak sempat nak g petik-petik bunga.haha!aku pakai simple-simple jer.tak sempat nak cari baju.so,pakai je lah yang mana ada dalam almari.mix & match jer yang mane-mane bersesuaian.

ok,jemputlah tengok gambar-gambar sekitar majlis..:)


































fuh,itu saje!berjam kot upload.haha!internet macam ape dah.ape-ape pon,alhamdulillah dinner malam tue berjalan lancar.kami pelajar 2nd year sebagai organizer agak bangga dapat memuaskan hati mereka-mereka yang datang!Erm,inilah kami,inilah kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.semua sporting & hapening.nanti bila dah konvo,conform rindu nak gathering macam ni lagi.guy,lebiu olls!


ku tujukan puisi ini  khas buat mu wahai sahabat..
aku bersamamu
Dalam suka dan duka
Dalam kemudahan dan kesukaran.
Sungguh kebanggaan tersendiri bagiku bersama kalian
Tawa lebar maupun derasnya tangisan kita lalui bersama
Dalam sebuah keluarga yang beragam
Seperti sebuah tubuh kita satukan perbedaan
Dan lalui rintangn kehidupan bersama
kita belajar bersama
Penuh semangat dalam bersaing
Dan saling lengkapi akan kekurangan yang lain
Untuk capai kekompakan dan persatuan
Segala semak belukar sudah kita lalui
Dalamnya jurang kita lewati
Luasnya laut kita seberangi bersama
Tuk capai tujuan yang berbeda
Kita sudah menang sekarang,
Dan harus lanjutkan permainan kehidupan ini
Walau saling menempuh jalan berbeda
Namun kenangan manis takkan pernah terlupakan
Kenangan terindah bersama kalian dalam arungi samudra kehidupan
Naiki perahu buatan sendiri dengan kayu yang sama
Perahu dari sebuah bahtera yang kita naiki dahulu
Yang kita pakai tuk mengejar cita-cita bersama
 kita  bagai satu keluarga
Pahit manis kita rasakan
Baik burukpun kita saling tahu
Dan takkan ada yang dapat pecahkan kita
Hanya mautlah yang memisahkan kita.













Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Lu Fikir Lah Sendiri..

Assalamualaikum!
entri ini ditulis dikala bulan mengambang,so haruslah untuk aku updated pasal hati,perasaan,cinta bagai ni kan.haha!

ok,macam biasalah sebelum tido,setiap pasangan yang sedang hangat bercinta mestilah melepaskan 
rindu dendam yang terkesumat dihati kan?ecece.itu aku la,orang lain pon same jer rasenya.huhu.yela,dengar suara si pengarang jantung,manje-manje dulu,gegurau dulu baru boleh boleh tido lena kan?Euww,gedik gitewwwww!last-last gaduh,merajuk!haha

semalam kami berborak-borak,bergayut berjam-jam sebelum masing-masing tunggu mata terbongkang sambil mulut ternganga,aku diberi soalan cepumas dari dia.si dia bertanya kat aku..

Si Dia : cinta dan hidup senang,mane lagi awak pilih??
aku : saya pilih hidup senang.(dengan pantas dan selambanyer aku jawab)jahat kan?haha
Si Dia : ok,maksudnya,kalau kehidupan saya susah,tak senang nanti,awak akan tinggalkan cinta hati awak ni dan tak akan kawen dengan saya?
aku : rasenyer macam tue la kot.
Si Dia : tapi kenape?dengan tak de duit,dengan hidup susah,kite tak boleh bahagia,tak boleh kawen?
aku : awak,bukan macam tue.saya rela hidup susah dengan awak,kalau kena makan pasir sekalipon saya sanggup,tapi saya takkan biarkan anak-anak saya nanti rase sikiiiit pon kesusahan yang telah mama dan papa die rase sebelum ni.so,kalau saya rase awak tak mampu,saya rela lepaskan awak pergi wahai si cinta sebab saya nak beranak ramai-ramai dan bagi kehidupan yang senang pada anak-anak saya.so,kalau gaji awak nanti bukan 5k keatas,jangan mimpi dapat saya!lu fikirlah sendiri..

si dia terus merajuk,dan aku terpaksa la jenuh memujuk!haha

jahat ke,kejam ke aku?normal lah kan.tak nak kesusahan dan inginkan kesenangan.masa hidup berdua takpelah lagi,tapi bila dah ade anak 3 4 orang camne nak survive kalau pendapatan ciput jer.pampers,susu,babysitter sorang anak pon dah beribu..mane nak bayar kereta lagi,tak kan nak naik moto jer bila anak dah berduyun,mane nak bayar bil air,api,nak bagi duit kat parents lagi..matiiii oiiii(macam-macam aku dah fikir kan?jauh sangat imaginasi.haha!)tak sabar nak kawen kot!:P
mata duitan ke aku ni?huhu.yer,zaman sekarang memang memerlukan pengamalan  cinta berasaskan "duitan".poket penuh,bahagialah..kalau abuk pon tarak,deritalah..

--->actually aku saje jer nak spoil mood die,nak kasi die tercabar sikit dengan kata-kata aku..biar die berusaha dengan lebih gigih lagi untuk capai kejayaan,kesenangan..untuk masa depan kami jugak nanti kan?.hehe












Dengan ikhlas,
Si Mata Duitan yang berhati penyayang!haha













Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Orang Giler..grrrrr

assalamualaikum!

ini kisah pengalaman aku dengan si gila.jeng3x

ok,macam biasalah kalau takde class,aku ni suka jejalan,lepak-lepak,shoping-shoping kan.tadi kebetulan takde class,aku dan bff aku ni keluar la nak g cuci-cuci mata kat Masjed Jamek.jalan punyer jalan,tengah syok-syok belek tudung,tetiba ade orang macam heret-heret lengan baju aku,ok..seorang lelaki mintak sedekah.macam biasalah kat sane kan?bersepah peminta sedekah,pengemis bagai ni..aku tengok takde lah melarat sangat keadaan fizikal diorang,saje je malas nak cari keje.hanya tahu mengharapkan bantuan orang jer!yang betul-betul kurang upaya tue no wonder la kan..memang kesianla tengok tapi yang buat-buat kurang mampu  ni aku ase menyampah,benci,cuak pulak.

berbalik pasal orang yang heret lengan baju aku tadi,aku sah-sah terkejut la kan..pe kes ni sampai nak pegang-pegang orang.then dia mintak aku duit.aku cakap."takde".aku sengaja cakap cam tue sebab aku tengok die sehat jer.boleh jer jalan satu area tue nak mintaa duit dari orang,nape tak keje kan?pastu dia mintak lagi..makin lame makin pelik cara die mintak..macam nak marah-marah aku.tengking aku siap tunjuk-tunjuk nak tampar aku..pastue,ade akak penjual tue cakap.dia ni "gila".oooow i see,kurang siuman rupenyer...

ok,tue satu kes..bila dah puas berjalan,kami pon nak baliklah.balik dengan LRT.dengan keadaan penuh sesak kat dalam LRT tue,terpaksalah berdiri kan.kebetulan pulak time orang balik kerja.dah macam ikan sardin dah dalam tue,bau tue tak payah cakaplah kan..macam-macam bau ada.ok,aku pon amek port nak berdiri kat tepi pintu lah sebab nak bersandar kan,tetiba datang 'pakcik' india ni tolak aku.die tak bagi aku duduk situ.pastu mulut terkumat kamit membebel.bebel ape ntah aku tak faham die cakap..die tengokk,jeling tajam jer kat aku.macam tak puas hati.aku dalam hati tak payah cakap la.berdebar giler..takut kot.aku pon berganjak sikit demi sikit jauhkan diri dari die..langkah berjaga-jaga.ne tahu tetiba die serang aku,terkam aku kan?huhu.lepas aku jauh dari die,die g kacau 2 3 orang anak gadis yang dok berdiri..nak g pegang-pegang!demm!macam nak meraba.gila seks rupenyer!macam dah lame tak tengok pompuan.pastue,anak-anak gadis tue pon menggelabah la,menjerit.erm,nasib baik kebetulan ade staff Rapid KL kat dalam tue,die halau si gila tue turun LRT tue.huh,gila sebab dah lame tak dapet seks kot!demm!

macam-macam jenis orang giler ni..kadang-kadang kesian tapi bila dah mengacau,mengganggu orang awam ni,ase macam mengancam kesejahteraan pulak kan..

itu saja,
Luahan hati dari Si Gila.eh silap,si yang kena kacau dengan orang gila.hehe


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Jiwang sikit..:P

Assalamualaikum!


izinkan gua yang berhati brutal ni untuk berjiwang malam ni..haha!
rindu kekasih hati yang jauh dimata lah der!
sambil sambil updated blog ni,gua layan lagu Siti.haha!feeling beb!gua dok memekak jer dalam bilik,nasib tak ujan.hehe.jom kite nyanyi sesama.lalala

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/siti_nurhaliza/wanita.html ]
[Chorus:]
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

(Ulang Chorus)

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Haaaa...

Ku wanita...
Haaaa...
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Chorus)2x

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Wanita... ooo...
Ku wanita... hoouuu...
Wanita...

lot of love,
Peminat Setia Siti!


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...