My Beloved Followers

balik kampung!yeayyh!

assalamualaikum..

mengupdated blog dikala perut tengah kebulur giler!uwaa.takde ke sape-sape nak ajak aku makan hah?huhu.
ok,besok pukul 3 balik kampung!hati gembira tak terkata.nak makan banyak-banyak kat umah!dok kolej asyik lapar jer takde makanan.erm bila balik esok,macam-macam dah plan nak buat ape kat rumah.nak masak resepi yang aku baru belajar,nak buat kek batik,nak g kenduri kawan dan macam-macam lagi lah.walaupun sekarang tengah study week,aku mengambil kesempatan ni untuk balik kampung rehatkan minda sekejap sebelum menempuh final exam!grr.cuak,takut,risau.tak abes-abes ngan exam.tapi nak buat camne kan,adat la belajar.

ok tue jer.takde motif sebenarnya updated blog sebab perut tengah lapar tahap giler gaban!sebab tue entri ciput jer kali ni.hii.ok,nak cari makan dulu.bye2 olls!

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Bercuti Di Port Dickson..

assalamualaikum..

bila kepala otak dah stress tahap gila babang dengan assigment yang berlambak ujung-unjung semester ni, memang layan habes kan bila kita habeskan hari weekend dengan pergi bercuti??so,aku & the geng mencari destinasi yang sesuai dan yeahh,finally kitorang decided untuk ke Port Dickson.boleh gathering sesama ala-la family day gitewww,best sangat!macam-macam aktiviti kami buat.main sukaneka yang pelik pelik,mandi-mandi pantai sampai kulit habes hitam,buat BBQ samapai ke tengah malam.haha!dan yang paling best, aku berpeluang naik banana boot walaupun aku ni agak takut dengan air dan mabuk laut sikit.huhu.kena campak kat tengah-tengah laut ok!ade berani???tapi best!i love banana boot!hehe.serius takleh lupa saat kena campak tengah-tengah laut!terkapai-kapai di lautan.haha.pastu tertelan air laut sebab panik sangat!amek kawwww!masin giler!sampai ari ni terasa lagi masinnyer.huhu


oh yer,lupa pulak nk bagitahu..kami memilih Resort Ancasa sebagai tempat untuk kami bermalam.resort tue not bad la.menyediakan sebuah apartment yang sangat selesa yang penuh dengan kelengkapan.
2 hari 1 malam di sana.syok habes!

so layanlah gambar-gambar kami sepanjang berada disana...tak nak tengok pon takpe.:D











































ok tue jer!jenuh mak nak upload gambar bebanyak!tue baru suku jer gambar yang diupload tw.ada 870 keping semua gambar.tue baru pergi 2 hari,lau 2 minggu rasenya memang tak muat kot memory kamera aku.LOL!.ape ape pon best sangat kot!walaupun tak lame,walaupun dekat jer at least dapat release tension dan dapat rehatkan kepala otak ni sekejap before menempuh exam yang dah tak lame dah.bila balik dari PD, memang penat giler lah.sampai setengah hari aku terbongkang tido!haha.penat tapi menyeronokkan!geng-geng pulak sporting habes!korang memang terbaiklah!cayang korang ketat-ketat.nanti kite gathering same-same lagi okeyh!


--->muka dah hangus sebab kuat main pantai!huhu.amek masa nak back to normal!




Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Selamat Hari Guru

assalamualaikum..
walaupun mata dah ngantuk tahap gaban,aku taknak ketinggalan nak updated pasal hari guru..entri kali ni khas untuk insan-insan yang bergelar guru.

Tanggal 16 Mei pasti amat bermakna bagi seorang guru.mesti dapat banyak wish,dapat hadiah dan paling penting penghargaan dari anak murid.banyak jasa mereka kan?memang tak ternilai.dulu zaman kecik-kecik cita-cita aku nak jadi cikgu.memang nak sangat jadi guru sebab hari-hari pergi sekolah tengok best jer cikgu-cikgu ni.selalu berangan nak jadi cikgu.tapi sekarang,aku sendiri dah tak pasti dengan cita-cita aku nak jadi ape.haha.yelah,jurusan yang aku amek kat U ni memang simpang jauh dengan guru,huhu.yang aku pasti,aku nak jadi seorang yang berjaya!tak semestinya kena jadi guru baru berjaya kan.

Guru,dirimu ibarat sebatang lilin yang mampu menerangi alam kegelapan dan sanggup membakar dirimu sendiri..kau sangat mulia dan sangat ku sanjungi di atas didikan dan bimbinganmu.tanpamu,aku tidak akan dapat apa yang aku ada sekarang.tanpamu guru,sudah pasti aku tidak melangkah ke manara gading seperti hari ini.

dan akhir sekali,kepada guru-guru yang pernah mengajar Suliana Binti Amran ni yang terdiri dari guru-guru di:-
  • Tadika di...aku xingat nama sebenar tapi yang pasti di Machang Kelantan!hehe(Cikgu Zainab nama die,sangat baik,caring giler.ingat lagi muka die yg penuh keibuan tue)
  • Sekolah kebangsaan Pendok,Jeli,Kelantan
  • Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh Gua Musang,Kelantan
  • SMK Sungai Asap,Gua Musang,Kelantan
  • SMK Hamzah,Machang, Kelantan
  • Lecture & tenaga pengajar di Universiti Malaya.

dengan ucapan, "Selamat Hari Guru" .Terima kasih yang tidak terhingga kerana mendidik dan membimbingku.hanya ALLAH yang mampu membalas jasamu.
tak lupa juga kepada rakan-rakan yang bakal menjadi guru,rakan-rakan yang dah jadi guru,sanak-saudara yang mejadi guru,dan kepada mereka yang menjadi guru,selamat hari guru!semoga usaha kalian yang murni akan melahirkan  insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.



dulu-dulu :

  • zaman2 sekolah dulu kalau 16mei jer,conform muka aku ni ade atas pentas buat persembahan sempena hari guru.=)
  • hadiah special yang pernah aku bagi sempena hari guru:gubahan kotak tisu yg sangat comel.buat sendiri ok.khas untuk ustazah yg paling aku sayangi.   
  • sape2 cikgu handsome jer conform aku gila bayang kat cikgu tue,haha.gedik kan?saje jer amek semangat untuk ke sekolah.:P 
  • cikgu unfavourite :cikgu yg mengajar subjek matematik sbb aku xsuka giler matematik!Sory cikgu..
  • suka baik2 ngan cikgu sebab nak markah lebih.zaman u pon camni lagi.taktiklah katakan.hehe



selamat hari guru dari budak paling nakal di sekolah dulu-dulu.hehe.nakal tapi baik dan comel ok!buwekk

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Hari-hari adalah Hari Ibu Bagi Saya..

assalamualaikum.
semua orang dok updated pasal ibu,mummy,mama,umi mereka hari ni kan?katanya hari ni hari ibu dan dah kecoh tersebar info yang haram untuk kita ummat islam ni sambut Hari Ibu.erm,tak tahu lah nak cakap,aku kurang arif nak cakap lebih-lebih.yang aku tahu,tak salah sekiranya jika hari ini dijadikan hari yang special sedikit berbanding hari-hari biasa untuk kita mengeratkan lagi kasih sayang dan menghargai jasa yang tidak ternilai bagi setiap insan yang bergelar ibu kan?yang penting niat kita tue dan rasenya tak salah jika kita adakan hari yang spesifik untuk hari ibu ni,yela mungkin macam Hari Jururawat Sedunia, Hari Guru, Hari Pekerja kan,masing-masing ada tarikh yang spesifik untuk mengingati jasa-jasa mereka.wallahuallam.tak mau menghurai panjang,siapalah aku ni kan,takut tersalah cakap pulak.huhu.


yang penting bagi aku,tiap-tiap hari adalah hari ibu sebab tiap-tiap hari,tiap-tiap saat dan ketika,aku sayang ibu aku.pokoknya, kita harus selalu doakan yang terbaik untuk kesejahteraan ibu bapa kita.itulah yang paling utama.

hadiah??erm,bagi aku pulak hadiah tue tak semestinya kena bagi bila hari ibu jer,bila-bila pun kita boleh bagi.barulah mereka berasa dihargai dan disayangi.Sesungguhnya,tanpa ibu siapalah kita kan.betul tak?banyak jasa ibu.betapa susahnya mereka menjaga dan membesarkan kita.

ni adalah salah satu lagu ibu kesukaan aku sejak kecik lagi!

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/y/yusuf_islam/your_mother.html ]
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Akhir kata, hormat dan sayangilah kedua ibu  bapa kita.kalau dah kahwin,ibu bapa mertua pon kena hormat jugak yer dan semestinya harus untuk kita menghormati orang-orang yang lebih tua dari kita walau siapa pon mereka.
sekian.


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Bandung,wait for me ^_^

assalamualaikum..


alhamdulillah,aku ditawarkan untuk mengikuti program pertukaran pelajar atau lebih dikenali sebagai program "Outbond" di Universitas Padjadjaran yang terletak di Bandung, Indonesia.Teruja,happy,tak sabar and at the same time,aku takut dan sedih.takut bila bayangkan kehidupan yang bakal aku tempuhi kat sane nanti,boleh survive atau tak kat sane.dengan bulan puasa lagi..adoi,pasti aku bakal merindui kuih akok,onde-onde,dan juadah-juadah best di Malaysia mase bulan Ramadhan yang pastinya tidak akan ada kat sana..erm,takut if ade bencana ape-ape yang tak di ingini.nauzubillah..sedih bila terpaksa berjauhan dengan family dan orang-orang yang tersayang.tak tahu lah aku kuat ke tak.huhu.mula-mula aku dapat tawaran ni,seriusly aku dalam dilema.tak tahu nak terima offer ni atau tak.kalau pergi dapat ilmu dan pengalaman,kalau tak pergi rugi pulakk kan..peluang dah datang,so memang rugi besar kalau tak grab.dan alhamdulillah,aku dah buat keputusan untuk pergi.family,my boyfie dan rakan-rakan banyak bagi dorongan dan suruh aku pergi.thanks olls walaupun pada mulanya mak tersayang dan si jantung hatiku berat nak lepaskan aku pergi..macam -macam diorang bakal risau nanti..tapi bila dah lame-lame,diorang okay dan think positif..mereka benarkan aku pergi.insyaallah,aku akan jaga diri dan kelakuan aku baik-baik kat sana.




family aku,sanak saudara,rakan-rakan dah pesan macam-macam suruh shopping kat sana.almaklumla Bandung tue syurga beli belah kan.diorang suh beli itu la,beli ini la.amboi amboi amboi!banyak cantik.bak duit lah.haha.no money no order!hehe

insyaallah,awal Julai nanti aku akan bertolak ke sana dan jadi cewek indonesia la pulak sekejap.hehe.mintak-mintak dapat jumpa Ricky dalam Sinetron Nada Cinta tue.gua minat gila sama dia!huhu.tak dapat jumpa Ricky,dapat jumpa Randy Pangalila pon jadilah!nak heret dia balik Malaysia.LOL!


sekarang agak busy uruskan persiapan untuk pergi kesana.macam-macam kena buat & prepare dari sekarang sebab dah tak lame dah and the most important preparation adalah dari segi mental dan fizikal..

korang,doakan sue nanti ok..semoga pengalaman dan ilmu yang sue dapat memberi 1001 makna dalam hidup sue dan dapat mematangkan lagi insan yang bernama SULIANA BINTI AMRAN ni.hehe.semoga perjalanan dan kehidupanku disana dipermudahkan serta diberkati.amin..




Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Ujian Dari ALLAH..

assalamualaikum..

demam,batuk,selsema!macam penyakit 3 serangkai kan?sekarang dah seminggu demam.tak sembuh-sembuh jugak.suara ni dah serak-serak.bernafas guna mulut jer.dengan assignment,present yang berlambak ujung-ujung semester dengan keadaan tubuh badan tak sihat ni memang menyeksakan sangat.hanya tuhan yang tahu..asyik nak balik rumah jer teringat kat family time lemah-lemah macam ni..

tapi aku kena kuat..ALLAH sentiasa menguji hambanya kerana dia sayang kita kan?insyaallah,tak lame lagi sihatlah tue.
"Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda, barangsiapa demam satu malam,kemudian dia bersabar dan diredha kepada ALLAH, akan keluar dosa-dosanya sebagaimana dia baru dilahirkan oleh ibunya.(HR Ibni Abi Dunya,Targhbi)"


             


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Hutang Wajib Dibayar Walau Tak Dituntut

Assalamualaikum and a very good evening!

Hutang wajib dibayar walau tak dituntut kan?ermm,tapi kebanyakannya tak buat pon.aku ramai kawan dan aku memang jenis yang suka tolong kawan sebab aku jenis tak boleh diam kalau aku tahu kawan aku dalam kesusahan.bukan aku nak mengungkit tapi yelah,diorang ni time susah jer cari kita,mengadu itu ini tapi bila dah senang,time duit penuh dalam poket,kebanyakannya diam jer.uat-uat lupa die pernah berhutang.ramai kot macam tue.aku tak kisah tapi at least hargai lah kan.aku bukan paksa diorang bayar tapi buat dekkkk jer.sedih pulak tengok perangai orang macam ni.kekadang aku rase macam aku ni bank bergerak diorang pulak.tak bagi kang tak sedap hati,bila bagi diorang pulak yang sedap hati.ermmm..aku tak berkira pon tapi kekadang terlintas dalam hati,ade jugak orang macam ni.kalau aku memang tak senang duduk kalau dah pinjam duit ngn orang.rase nak bayar cepat-cepat jer takut ape pulak orang cakap sebab aku ni bukan yang jenis suka berhutang.




tue jenis buat-buat lupa hutang,ade jugak yang suka pinjam barang orang tapi tak reti nak jaga elok-elok.time nak pinjam tue mak aihh bukan main lembut lagi cakap.lembut gigi dari lidah.tapi bila dah dapat ape yang nak,letak merata jer.tak pandai nak jaga macam barang sendiri.takde tanggungjawab langsung.bila barang tu hilang,bukannye tahu nak ganti,mintak maaf pon tak.damn!aku benci manusia-manusia sebegini.moga dikau-dikau berubah wahai teman!


p/s:tolongla jangan ambil kesempatan diatas kebaikan orang lain.



yang ikhlas,
hati yang kecewa


Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

Shila Hamzah sangat Awesome!!

Assalamualaikum!

betapa excitednya aku untuk updated entri kali ni.hehe.aku dapat bergambar dengan Shila Hamzahhhhh!!hehe.selain idolaku Siti Nurhaliza,Shila Hamzah lah antara artis yang aku gilai dan aku minati.suara die best giler kot!cantik,baik dan sangat lah peramah.ari tue mase kami dinner di Hotel Berjaya Time Square, Shila menjadi artis jemputan.aku sangat excitedlah sebab die nyanyi lagu kegemaran aku "patah seribu".Die sangat awesome!!tak sombong pon.sempat lagi borak-borak dengan dia mase ambil ambil gambar.





cute kan die?aku balik malam tue tak lena tido kot.hehe.moga Shila terus berjaya dalam bidang industri seni ni dan sentiasa menjaga imej die sebagai seorang artis..moga bahagia dengan si kekasih hati,Sharnaz Ahmad!sweet couple!

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

"BERSIH", bersih ke??

Assalamualaikum!


Bersih!Bersih!Bersih!tak terlambat lagi rasenya untuk aku nak update pasal" BERSIH" ni.yela,walaupun perhimpunan tue dah tamat tapi bahang dia masih terasa kan?kt FB,Twitter,blog,paper,berita semua pasal BERSIH.aduyaiiiii..masing masing bertelagah sesama sendiri.ape nak jadi....dah macam negara yang sedang berperang dah.takut...


aku bukan nak kutuk pembangkang ke kerajaan ke,kekadang aku sebagai mahasiswa ni tak tahu nak sokong politik mana.tapi yang aku tahu,Islam ajar kita sebagai ummatnya kebaikan,tapi aku tengok dunia tak seperti dulu.manusia sibuk nak mengubah sana-sini, tapi dalam diri tak nak berubah terlebih dahulu.ade jer yang tak puas hati.nak protes sana sini.


dari pemerhatian dan penilain aku,yang beragama islam pun sedih kita lihat.bertudung labuh,berkopiah,berjubah tapi terpekik terlolong protes macam orang bukan islam tue kenape?dah macam takde iman dalam dada.pastue cedera sana sini nak salahkan siapa?
aku ase,orang bukan islam bukan main gembira lagi gelakkan orang islam yang bergaduh sesama sendiri.dan sasaran diorang nak musnahkan kita akan tercapai kalau macam ni lah sikap orang kita.hmmmmm..Dunia!

just tertarik dengan satu gambar ni.

beruk pon join perhimpunan yg kononnya "BERSIH" tue beb!salute r.wakaka.adoiii


dunia akhir zaman..politik salah satu punca kehancuran dan perpecahan..
wallahuallam!



Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...