My Beloved Followers

Selamat Hari Guru

assalamualaikum..
walaupun mata dah ngantuk tahap gaban,aku taknak ketinggalan nak updated pasal hari guru..entri kali ni khas untuk insan-insan yang bergelar guru.

Tanggal 16 Mei pasti amat bermakna bagi seorang guru.mesti dapat banyak wish,dapat hadiah dan paling penting penghargaan dari anak murid.banyak jasa mereka kan?memang tak ternilai.dulu zaman kecik-kecik cita-cita aku nak jadi cikgu.memang nak sangat jadi guru sebab hari-hari pergi sekolah tengok best jer cikgu-cikgu ni.selalu berangan nak jadi cikgu.tapi sekarang,aku sendiri dah tak pasti dengan cita-cita aku nak jadi ape.haha.yelah,jurusan yang aku amek kat U ni memang simpang jauh dengan guru,huhu.yang aku pasti,aku nak jadi seorang yang berjaya!tak semestinya kena jadi guru baru berjaya kan.

Guru,dirimu ibarat sebatang lilin yang mampu menerangi alam kegelapan dan sanggup membakar dirimu sendiri..kau sangat mulia dan sangat ku sanjungi di atas didikan dan bimbinganmu.tanpamu,aku tidak akan dapat apa yang aku ada sekarang.tanpamu guru,sudah pasti aku tidak melangkah ke manara gading seperti hari ini.

dan akhir sekali,kepada guru-guru yang pernah mengajar Suliana Binti Amran ni yang terdiri dari guru-guru di:-
  • Tadika di...aku xingat nama sebenar tapi yang pasti di Machang Kelantan!hehe(Cikgu Zainab nama die,sangat baik,caring giler.ingat lagi muka die yg penuh keibuan tue)
  • Sekolah kebangsaan Pendok,Jeli,Kelantan
  • Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh Gua Musang,Kelantan
  • SMK Sungai Asap,Gua Musang,Kelantan
  • SMK Hamzah,Machang, Kelantan
  • Lecture & tenaga pengajar di Universiti Malaya.

dengan ucapan, "Selamat Hari Guru" .Terima kasih yang tidak terhingga kerana mendidik dan membimbingku.hanya ALLAH yang mampu membalas jasamu.
tak lupa juga kepada rakan-rakan yang bakal menjadi guru,rakan-rakan yang dah jadi guru,sanak-saudara yang mejadi guru,dan kepada mereka yang menjadi guru,selamat hari guru!semoga usaha kalian yang murni akan melahirkan  insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.



dulu-dulu :

  • zaman2 sekolah dulu kalau 16mei jer,conform muka aku ni ade atas pentas buat persembahan sempena hari guru.=)
  • hadiah special yang pernah aku bagi sempena hari guru:gubahan kotak tisu yg sangat comel.buat sendiri ok.khas untuk ustazah yg paling aku sayangi.   
  • sape2 cikgu handsome jer conform aku gila bayang kat cikgu tue,haha.gedik kan?saje jer amek semangat untuk ke sekolah.:P 
  • cikgu unfavourite :cikgu yg mengajar subjek matematik sbb aku xsuka giler matematik!Sory cikgu..
  • suka baik2 ngan cikgu sebab nak markah lebih.zaman u pon camni lagi.taktiklah katakan.hehe



selamat hari guru dari budak paling nakal di sekolah dulu-dulu.hehe.nakal tapi baik dan comel ok!buwekk

Terima Kasih sudi baca entry Miss Sue..Komen kamu amat perlu..

2 comments:

Eera Shera said...

alo comelnye dia pki baju skola hehe..

Jebat said...

teringat kat cikgu subjek Agama Islam yang saya paling sayang masa tkt 2 kat SMKSR...rindu cikgu =)

kalau awak ada masa nanti layarilah Blog saya di http://www.pendekarmontel.blogspot.com

terima kasih awk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...